Sekolah ini asalnya sebagai cawangan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. Jauh dari sekolah ini lebih kurang 2 batu. Bangunan sekolah ini mula didirikan pada 18hb Januari 1953 terletak di atas tanah yang luasnya 2 ekar 11 pole sahaj.Bangunan sekolah ini dibina oleh orang kampung ini sendiri secara gotong-royong.Pada mulanya .lantai hanya hanya tanah biasa.Rumah guru hanya tiga bilik darjah sahaja.
Guru yang mula-mula menjadi guru pengawas ialah Cikgu Ahmad bin harun.Guru Besarnya ialah Encik Md.Nor bin Thambi.Muridnya pula adalah seramai 80 orang dari darjah 1 hingga darjah 3.
Pada 24hb Jun 1953, sekolah ini telah runtuh akibat dipukul oleh ribut kencang pada malam hari.Murid-murid dipindahkan ke bilik bacaan kampung ini.Selepas itu,orang kampung di sini telah membaiki semula bangunan sekolah yang runtuh itu dan akhirnya murid-murid dapat belajar semula pada 13hb September 1953.
Pada 7hb September 1953,upacara perasmian sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Dinding.Pada 1 Mei 1957, sekolah cawangan ini telah dijadikan sekolah baru dengan nama Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh,Lekir.Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainal Abidin bin Md.Amin.Pada 3 April 1965,SK Batu Sepuluh Lekir telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia,Yang Berhormat Encik Mohd Khair bin Johari.
No comments:
Post a Comment